Monday, May 29, 2017

MANFAAT DAN KEISTIMEWAAN SURAH YUSUF

Surah Yusuf adalah Surah ke 12 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 111 ayat dan temasuk golongan Surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan Surah Yusuf adalah kerana titik berat dari isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf. Riwayat tersebut salah satu diantara cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sebagai mukjizat bagi dia, sedang dia sebelum diturunkan surah ini tidak mengetahuinya.

Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad-Dalail bahawa segolongan orang Yahudi masuk Islam sesudah mendengar cerita Yusuf ini, kerana sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita Yusuf ini, Nabi Muhammad mengambil pelajaran-pelajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap dia dalam menjalankan tugas.


Rasulullah SAW bersabda :

"Ajarkan surah Yusuf pada budak-budakmu, dikeranakan seorang muslim yang membaca serta mengajarkannya pada keluarga serta budaknya, Allah dapat berikan kemudahan waktu sakratul mautnya serta memberinya kemampuan supaya sebagai seorang muslim tidak dihasud."
(Tafsir majmu'ul Bayan)


Sunday, May 28, 2017

12. SURAH YUSUF


KANDUNGAN SURAH YUSUF

Surah Yusuf ini terdiri atas 111 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan Surah Yusuf adalah kerana titik berat dari isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. Riwayat tersebut salah satu diantara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat beliau, sedang beliau sebelum diturunkan surah ini tidak mengetahuinya.

Menurut riwayat Al-Baihaqi dal kitab Ad Dalail bahawa segolongan orang Yahudi yang masuk agama Islam sesudah mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini kerana sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita Yusuf a.s. ini , Nabi Muhammad SAW mengambil pelajaran-pelajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.


POKOK-POKOK ISINYA

1. Keimanan
Kenabian Yusuf a.s. dan mukjizat-mukjizatnya, ketentuan yang berhubungan dengan keagamaan adalah hak Allah semata-mata; qadha Allah tidak dapat diubah; para rasul itu semuanya terdiri dari kaum laki-laki.

2. Hukum-Hukum

Keharusan merahsiakan sesuatu untuk menghindari fitnah; barang dan anak temuan wajib dipungut dan tidak boleh dibiarkan; boleh melakukan helah yang tidak merugikan orang lain untuk memperolehi sesuatu kemaslahatan.

3. Kisah-Kisah

Riwayat Nabi Yusuf a.s. bersaudara dengan orang tua mereka Ya'qub a.s.

4. Dan lain-lain

Beberapa sifat dan tauladan yang mulia yang dapat diambil dari cerita Yusuf a.s. iaitu persamaan antara agama para nabi-nabi ialah tauhid.

KANDUNGAN SECARA RINGKAS

Surah Yusuf ini secara keseluruhan isinya berkisar pada cerita Nabi Yusuf a.s. dan saudara-saudaranya beserta orang tua mereka. Cara penuturan kisah Nabi Yusuf ini kepada Nabi Muhammad SAW berbeza dengan kisah-kisah nabi-nabi yang lain yang disebutkan dalam beberapa surah. Isi dari kisah Nabi Yusuf a.s. ini berlainan pula dengan kisah-kisah nabi-nabi yang lain.

Dalam kisah nabi-nabi yang lain, Allah menitik beratkan kepada tentangan yang bermacam-macam dari kaum mereka, kemudian mengakhiri kisah itu dengan kemusnahan penentang para nabi itu. Didalam kisah Nabi Yusuf a.s. ini, Allah menonjolkan akibat baik dari kesabaran dan bahawa kesenangan itu datangnya sesudah penderitaan.


Allah telah menguji Nabi Ya'qub a.s. dengan kehilangan puteranya Yusuf a.s. dan penglihatannya, dan menguji ketabahan dan kesabaran Yusuf a.s. dengan dipisahkan dari ibu bapanya, dibuang kedalam sumur dan diperdagangkan sebagai budak.


Kemudian Allah SWT menguji imannya dengan godaan wanita cantik lagi bangsawan dan akhirnya dimasukkan kedalam penjara. Kemudian Allah SWT melepaskan Yusuf a.s. dan ayahnya dari segala penderitaan dan cobaan itu; menghimpunkan mereka kembali; mengembalikan penglihatan Ya'qub a.s dan menghidupkan lagi cinta kasih antara mereka dengan Yusuf a.s.





HUBUNGAN SURAH YUSUF DENGAN SURAH AR RA'AD

1. Dalam surah ini Allah secara umum mengemukakan adanya tanda-tanda keesaan Allah dilangit dan di bumi. Didalam surah Ar Ra'ad Allah mengemukakannya lagi secara lebih jelas.

2. Kedua-dua surah ini sama-sama memuatkan pengalaman nabi-nabi zaman dahulu berserta umatnya. Yang menentang kebenaran mengalami kehancuran manakala yang mengikuti kebenaran mendapat kemenangan.


3. Pada akhir surah Yusuf diterangkan bahawa Al-Quran itu bukanlah perkataan yang diada-adakan, melainkan petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman dan keterangan yang demikian itu diulangi di awal surah Ar Ra'ad.